Thursday, September 24, 2009

Minggu MMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pejam-celik pejam-celik dah tiga bulan lebih minggu mesra siswa (MMS) berlalu. Sepatutnya tajuk ni dah posting tiga bulan lepas. Tapi nak siapkan assignment punya pasal, post jela tajuk ni sebab dah tadak idea nak menaip.

Masa aku masuk sekolah teknik dulu, ia dipanggil minggu orientasi. tak tahu la pulak kat universiti nie diorang panggil minggu mesra siswa. First je dapat surat tawaran sambung belajar aku tak pikir apa. Aku cuma pikir pasal minggu 'istimewa' tu jela.bak kata makan tak kenyang, mandi tak basah, tidow tak lena, kene penyepak pun tak rasa..nie sebab aku memang tak suka minggu orientasi sebab dah banyak kali aku lalui..

Tapi tak tahu la kalau ada student gembira terlonjak-lonjak bila dengar minggu orientasi/mesra siswa nie. Terpulang pada individu itu sendiri lah. Kene dengan jenis macam aku memang siap la..bukannya apa, masalahnya membosankan!!..dengan betapa ramainya intake student kali nie.dengar cerita dalam 1300 gitu. ramai tuhh..datang dari pelusuk tanah air.bukan pelusuk je, hulu-hulu, estet-estet, pantai timur & dari sabah pun ada.. tapi bagus juga.masing-masing dapat peluang belajar.

Aku nie memang jenis tak suka dengan suasana yang orang ramai sangat sampai boleh buat aku tak keruan. macam tulah terjadi kat aku masa minggu orientasi kat sekolah menengah & MMS kat universiti. Suasana tenang yang aku nak sebenarnya. Tapi tak mungkin ada MMS yang senyap dan damai.hahaha. Apa kan daya nak tanak kene la juga lalui minggu yang terindah tuhh dengan hati separuh terbuka.

27 bulan 6 aku mendaftar di UiTM Segamat, Johor. Pehh!! dapat kolej SMK ( Si Manja Kini)..ingatkan Sekolah Menengah kebangsaan. Tapi kolej sementara la. Tak heran kot. Taming Sari lagi best. Selepas semua ibu bapa pulang, semua student kene pi surau sementara untuk solat asar. Abeh je amek wuduk, aku pun masuk surau dengan selamba. Tengah aku jalan, tiba-tiba ada abang pm yang ngah duduk bersila tackle kaki aku. naseb baik tak jatuh. "wey, celaka mana yang tackle kaki aku nie", hati aku berkata..Laaaa, skali aku pandang muka dia memang aku kenal pun. Senior aku masa sekolah kat teknik pontian dulu. Hafiz namanya. Salam perkenalan dengan tackle kaki. Menarik tuhh. Kitaorang sempat berbual kejap je. Sebab time tuhh nak cepat, kn..

Apa ek nak cerita masa minggu MMS nie. Rasanya dah takde apa nak cerita. yelaa. semua cerita yang sama je. Bangun awal pagi. pegi surau. Then, dengar tazkirah subuh jap sambil budak-budak berzikir (khusyuk sangattt)..lepas tuhh, round satu kampus. Nak memudahkan student pi destinasi kalau ada urusan seperti Sri Penawar, Sri Laksamana, Library, Dewan Sri Temenggung dan bermacam lagi.

Aktiviti lain masa MMS ermm.... training lagu UiTM..lagu dia memang best. muzik dan rentak dia pun enak didengar. Perkara wajib semasa MMs ialah mendengar ceramah. Cakap je ceramah apa. Semua aku dah dengar. tapi tak ingatla isinya. Banyak-banyak ceramah yang paling best aku dengar masa ucapan dari Pengarah kita Prof Dr. Kamil Ibrahim. Ucapan beliau ringkas, padat, jelas dan yang paling penting kelakar. Seronok dengar beliau berucap. Apa yang aku tahu sebelum nie pengarah kita memang popular. Dan ianya terbukti semasa minggu MMs, Beliau telah menceritakan perjalanan hidupnya dari kecil hingga dewasa. Sebagai pelajar, aku berbangga dapat pengarah yang berdedikasi dan bertanggungjawab seperti beliau.

Peristiwa yang paling aku terkejut masa MMS time nak pindah kolej SMK>Taming Sari.
[dah nak maghrib]..Bilik aku tingkat 3. Tinggi tuhh!!. Dengan memikul, mengangkut, mengendong beg nak bawak ke tingkat 3 punya la seksa. tuhan jela tahu. Bagai nak putus segala sendi yang ada. macam nak tercabut tulang badan. Sampai je depan bilik, aku tergamam. "pehal ngan bilik nie.macam kene rompak je". mana tak nya. pintu bilik tak ada. siapa tak terkejut sey. aku rasa time tuhh separuh gak bilik yang tadak pintu. Kira untung aku tak pengsan time tuhh. Lepas tuh, macam biasa ler kemas-kemas, sapu bilik & buat apa yang patut. Walau apapun, yang penting ada tempat tinggal aku dah kira bersyukur. Apa yang penting hari tulah berakhirnya minggu mesra siswa.hahaha.Gumbiro pak cik..MERdeka..

2 comments:

  1. mak ai...
    time aku masuk bilik lagi ah
    ade mesin rumput
    lagi la celake!!
    haha

    ReplyDelete
  2. haha.
    aku lak..
    masuk2 je dh ade karpet coklat terbentang luas kat depan mate..
    best sangat tinggal kt bilik 2.
    even biliknye tigkat paling atas skalik..
    hadap matahari..aku stil ske!
    wireless..toksah cter r.
    atas bumbung aku je tiang wireless nye.
    bsyukur sgt2..mcm nk dok kt bilik 2 smpai part6..apekan daye..sume bergantung ngan nasib..especially..msti dpt DL sem ni.kalo xdapat..aku kene cmpak blok blakang!huhuh.

    ReplyDelete