Thursday, September 24, 2009

Kunci Kejayaan

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan sertakasih-mengasihi sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamatTampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

No comments:

Post a Comment